Nukilan aku dalam sesaat.
aku dan sesuatu.. 9 september 2009.


aku duduk di hutan hijau itu,
pegasus unicorn datang lagi.
bukan pada hari hujan.


aku melihat dari jauh.
bila ia memandang aku,
aku lupa pada janji.
aku lupa untuk hanya ingin melihatnya dari jauh.


lutut aku masih berdarah.
sakit yang tidak terasa lagi.
aku berlari ke arah kuda ajaib itu.


ia membiar aku menyentuhnya.
mengusapnya.
aku leka kerana keajaibnya.
aku tahu, bila masanya tiba ia akan hilang bersama keajaiban itu.
tp, aku masih ingin menyentuh ia.
ingin mengenali keajaiban itu.
dan mengenali mengapa aku mengejar ia..



                                                                                                                                        wani s`lan

0 dia berbicara:

Post a Comment