Nukilan Aku Dalam Sesaat
Aku dan Sesuatu - 27.September.2009




Suatu hari aku jumpa hati aku menangis.
aku langsung bertanya.
mengapa ia menangis.
katanya...dia berasa sangat sakit.
mata tidak mahu menanggung air mata untuknya.




aku tengok hati....


dia bercerita lagi,
katanya sebelah kanan hatiku dipenuhi dengan kehidupan.
tapi sebelah hati aku itu tertinggal ruang kosong untuk cinta.


aku bertanya...mengapa cinta tidak duduk di dalam hati?


hati aku menjawab......kerana keikhlasan telah dibawa pergi.


aku tanya lagi....mengapa keikhlasan tidak dicari...


hati menjawab....hati dah sangat berat untuk mencari..
kerana itu ia menangis sendiri.





aku tanya mata dengan marah.
mengapa ia tidak mengeluarkan airmata dan menyebabkan hati menangis sendirian?


mata menjawab aku,katanya ia tidak boleh mengeluarkan air mata lagi,
ia tahu hati berasa sakit..
tapi, ia tidak dapat menangis.


Mata melihat keikhlasan dibawa pergi,
tapi,tiada air mata yang mengalir.
cuma hati yang menangis.


mata berkata cukuplah ia menanggung air mata..
untuk kali ini ia minta hati yang menangis..


                                                                                                             wani  s`lan

0 dia berbicara:

Post a Comment