aku dan sesuatu..




hari ini aku ingin bercerita tentang langit..
aku lupa memandang ia, sedangkan setiap hari ia memandang aku.
aku hanya benar-benar akan memandang langit jika hari kelam.
aku suka bila hujan datang.
tapi, aku tau hujan akan buat aku sakit.


bukan setiap hujan itu akan setiap kali ada pelangi.
dan bukan setiap kali hujan itu aku tidak dibasahi kesejukan.
pun begitu, aku masih sangat suka kepada hujan..
kadang2 aku ingin mereka ingat aku jika hari hujan.


hari hujan ini buat aku mengerti sawah hijau yang pernah aku pijak.
bau bumi selepas dibasahi hujan..
sangat dirindui...
  
                                                                                            wani s`lan

0 dia berbicara:

Post a Comment