nama penyakit yang pastinya bring my memory back.. adui...hehe.

penyakit ni yang telah membawa mama aku pergi.


bagaimana sebenarnya kita dapat penyakit ni?????
seorang ckgu yang agak mengenali keluarga aku, pernah bertanya kat aku bab mama.. tanya penyakit mama. then he said, be careful.. aku juga mungkin akan mengidap penyakit ni. aku masih ragu2 masa 2, aku baru 16-17 tahun. mungkin kengkawan xtau adanya perbualan aku dengan ckgu ini. sampai kat umah aku langsung asked my dad.. betul ka??? aku akan mengidap penyakit yang sama cm mama??..
my dad marahkan aku bila aku tnya cm 2? katanya, faktor pemakanan paling penting.. do not 2 much salty in food. atau bilang bapa 'manis 2 pn x bek, pewarna... dan semua2 yag sewaktu dengannya'. sbb 2 aku jaga sangat apa yang aku makan till 2day.tp, dalam diam aku percaya.. ia boleh jagi penyakit genetik.. aku x berani tanya bapa g... aku dh mula takut ni. hua3.


kalau masak kt umah ngan kengkwan. aku paling x tau ukur selera dorang. aku hanya tau selera aku. bagi aku masin. bagi dorang x cukup rasa g. bagi aku manis, bagi dorang x cukup rasa g. ada seseorang yang ketawakan aku.. bila aku kata 'aku x pandai bt air'.. maksud aku, aku x pandai bt air yang perlu tmbh gula. sbb aku mmg x ambik gula. aku tau dia ketawakan aku.. hoho... kalau minum kt luar pn, aku akan pastikan aku x ambik gula puith. mmg we need gula untuk tukar jd tenaga dalam badan, so i prefer honey. i can`t stand with sweet anymore. ntah bt apa kda2 aku beli gk. then bukannya aku makan.


dulu, bapa gtau.. aku paling suka makan gula2, sumbat gula2 kat kedua2 belah pipi. nge3. dan aku paling takut dentis. cam mana la aku boleh tahan untuk reda kan ssakit gigi, berbanding g jumpa doktor..??
wired... hehehhe. kalau sekarang ni?? agaknya aku x sangup g kot.
baru aku sedar ni... dulu aku sangat kuat.. hehehe.


cm mn kalau ttba esk. aku dapat penyakit mama aku???....
2tahun lepas tym aku tido kt wad bab jaga atuk aku.  katil sebelah masa 2 seorang lelaki, yang aku agak tua hanya dua tiga tahun dari aku, mengidap penyakit buah pinggang. aku langsung teringat mama. aku tau dia agak segan bila aku duduk kt sebelah. kadang2 aku berbual ngan adik yang tengah menjaga dia. kebetulan satu sekolah ngan aku dan umie.
muka dan badan dia membengkak dah. aku paling takut tfikir dia terpaksa used misen untuk cuci darah.. aku cuba senyum ngan dia, mmg sangat kasihan.


beberapa hari lepas 2, aku terserempak emak lelaki 2 tym balik dari sekolah. aku sempat la tanya bab dia. 'tuhan dah ambik dia'....... terkedu i. memang penyakit yang menakutkan. sebenarnya banyak benda aku mo tau. tp, tiada kekuatan untuk bertanya kepada ibu yang baru kehilangan anaknya. sapa sanggup kn. jd aku just cm 2 jk la...
...............................................................................................


Hari Buah Pinggang Sedunia adalah inisatif kerjasama antara Kesatuan Nefrologi Antarabangsa (ISN) dengan Yayasan Persekutuan Buah Pinggang Antarabangsa (IFKF)
Ia diancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2006 dan diraikan pada hari Khamis kedua pada setiap bulan Mac. Pada 8 Mac 2007 Hari Buah Pinggang Sedunia telah disambut di 66 buah Negara. Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia kali ini berlangsung pada 13 Mac 2008 untuk menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya buah pinggang kita- organ tubuh yang sungguh menakjubkan yang memainkan peranan yang penting untuk kita terus hidup dan sihat dan juga untuk menyebarkan maklumat bahawa penyakit buah pinggang adalah satu perkara yang biasa, berbahaya dan boleh dirawati.



Peranan utama yang dimainkan oleh buah pinggang kita (yang saiznya hanyalah sebesar penumbuk dan terletak jauh di dalam abdomen, di bawah tulang rusuk) adalah untuk menyingkirkan toksin-toksin dan mengeluarkan air dari darah. Setiap hari buah pinggang akan menapis dan membersihkan 200 liter darah sejumlah kuantiti yang boleh memenuhi 200 botol atau 20 baldi! Di samping itu buah pinggang juga membantu kita mengawal tekanan darah tinggi, menghasilkan sel-sel darah merah dan membuatkan tulang kita sihat.
Sekiranya buah pinggang kita telah kehilangan keupayaannya untuk berfungsi, kita menyatakan bahawa ia adalah penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ia adalah penyakit yang `senyap dan selalunya tidak disedari kemunculannya kerana ia bukan penyakit yang dirasai secara fizikal. Namun begitu ia memberi kesan kepada kebanyakan manusia yang kita mungkin dapat dapat bayangkan: kajian-kajian terhadap kehidupan pelbagai kaum yang tingal di benua-benua yang berbeza di muka bumi ini menunjukkan bahawa 1 daripada 10 orang dewasa menghadapi masalah buah pinggang yang rosak.
Mereka yang menghadapi penyakit buah pinggang kronik berisiko 10 kali lebih tinggi untuk diserang penyakit jantung dan angin ahmar (Strok). Kesihatan pada buah pinggang mereka juga semakin menurun sehinggakan sampai pada satu peringkat buah pinggang mereka perlu diganti (ia dikenali sebagai `end-stage renal disease) . Sama ada pesakit menerima buah pinggang yang baru dan melakukan pembedahan pertukaran buah pinggang atau mereka terus hidup dengan mengadakan ` proses dialisis- biasanya dengan mesin khas yang bertindak membersihkan darah tiga kali seminggu.


sebenarnya akan ada tanda-tanda kita penyakit ni menyerang kita. boleh diketahui melalui tekanan darah dan urin test. buah pinggang yang gagal berfungsi tidak boleh menapis bahan yang tidak diperlukan. buah pinggang termasuk dalam orang utama kita, seperti jantung dan paru-paru.


penyakit ini agak misteri, kerana ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak tanpa mengambil kira corak hidup sesorang. penyakit ini boleh disebabkan genetik, jangkitan, kerosakan disebabkan penyakit, seperti darah tinggi, diabetes mellitus dan rosak disebabkan banyak mengambil ubat atau beberapa sebab yang tidak diketahui. buah pinggang rosak juga disebabkan darah beroksigen x dapat disalurkan ke buah pingang. mungkin salur darah tersumbat.
pesakit buah pinggang ni, memerlukan  diet rendah protien dan juga mungkin CHO, karbohidrat. jumlah protein boleh dikira dalam urin. yang aku tahu, kalau air kencing kita berbuih, maksudnya kandungan protein yang tinggi dalam badan. semoga, lebih ramai yang prihatin dengan penyakit ni.

0 dia berbicara:

Post a Comment