Showing posts with label bila jari aku menari. Show all posts
Showing posts with label bila jari aku menari. Show all posts
Nukilan aku dalam sesaat..
Aku dan sesuatu

kelip-kelip di simpang jalan,
ianya tinggal seekor...
berkelip di malam gelap.

aku menapak satu langkah,
cuba mengekori seekor kelip-kelip.
lagi... aku tersadung..
dan kelip-kelip terbang pergi.

aku duduk..
tiba-tiba menangis,
bukan kerana aku terjatuh..
tetapi kerana aku mengejar kelip-kelip.

disimpang jalan..
kelip-kelip telah tiada..
dan aku terduduk sendiri.


                                                                                                                                                                                                       wani s`lan
Nukilan Aku Dalam Sesaat
Aku Dan Sesuatu - 6.November.2009.




suara dari sawah lagi..
ia bukan suara.. tapi aku tahu ia sedang berbicara,
ia berbicara ke hati aku.
dan aku mendengar ia.
mungkin samar-samar.
tapi, aku mengerti..


mungkin ada masanya aku akan melupakan suara-suara itu,
jauh dari suara itu.
suatu masa mungkin aku akan rindu ia.
tapi, mungkin aku tidak akan memijak sawah itu lagi..


di sebelah sawah itu, ada sebuah padang..
ia padang kuda.
aku melihat padang itu dari kecil.
dan sawah membiarkan aku berpijak di padang itu.


mungkin hidup akan seperti kuda-kuda itu..
berlari kencang,
seperti angin..
atau mungkin hidup akan seperti sawah itu..
sentiasa cuba penuhi hati orang-orang yang kita sayangi..


aku diberikan pilihan lagi...
dan aku masih ingin memilih untuk menjadi hujan.
biar basah sawah itu..
mungkin kuda-kuda akan kedinginan..



tapi..
percayalah..
aku akan tumbuhkan kalian padang yang hijau..
dan rumput yang segar...


aku memandang sawah dari jauh..
dan ia masih bertapak di hati aku..
aku berganjak dari sawah..
dan ia masih bertapak dihati aku..


cuma yang melambai adalah..
padang hijau itu...
aku tidak melambai kembali..
cuma memandang ia dengan sawah...



Nukilan Aku Dalam Sesaat.
Aku Dan Sesuatu - 31.Oktober.2009


mereka bercerita lagi, cerita yang buat aku tidak berganjak.
suara itu, sumbang di telinga aku.
dan buat aku berhenti melangkah.
pengecutkah aku?


di suatu sudut dalam keping hati aku,
ada sebuah suara.
suara yang samar-samar.
hampir tidak aku kenali.
ia suara di sawah.


mengapa ia bersuara di hati aku.
sawah itu minta aku jadi berani.
dan minta aku cuba melangkah.
ia bukan mustahil, ia cuma agak sukar...


sawah itu bersuara di hati aku.
dan mematikan bunyi sumbang di corong telinga aku.
begitu mudah?
kerana ia sebuah hati aku.


kerana ia hati aku, barulah ia begitu mudah....
Nukilan Aku Dalam Sesaat..
Aku Dan Sesuatu.. 28.Oktober.2009


Aku buka tingkap..
hari ini juga hujan..
hujan.. mula-mula gerimis.. dan ia semakin lebat.
mengapa aku sukakan hujan?? 


hati aku terasa nyaman.
hujan membuatkan aku nyaman..
aku berangan.. aku mandi dalam hujan..
aku menari dan bernyanyi..


aku seorang..
di tepi aku terdapat taman daisy.
cantik..
taman daisy putih...


hujan itu dinggin..
tapi ia panaskan perasaan aku..









aku ingin berdiri lama dalam hujan..
menyanyi..
menari...
di taman daisy.

Nukilan Aku dalam sesaat
Aku dan Sesuatu - 11.Oktober.2009


Bila aku bercerita mengenai hati seorang aku,
Aku teringatkan seekor rama-rama,
berwarna ungu lavender dan cantik.
terbang ke taman lavender.
taman yang aku ingin pergi.


rama-rama ungu hinggap di taman lavender,
sehingga ia tidak kelihatan,
dirinya umpama kelopak ungu lavender.
apakah hati aku juga seperti itu???





aku pernah ingin sentuh rama-rama lavender,
tapi, saat aku melihat ia...
aku tahu ia hanya boleh dipandang dari jauh..
cantiknya sekejap, hidupnya juga sekejap...


mungkin suatu hari aku akan berlari di taman lavender dan dikelilingi rama-rama ungu.

mungkin suatu masa nanti ia akan hinggap pada aku dengan sendirinya tanpa aku sedari.

dan mungkin juga, rama-rama ungu dan lavender hanyalah sebuah mimpi indah aku.


                                                                                                                                      wani s`lan

Nukilan aku dalam sesaat
Aku dan sesuatu -4.October.2009


Lampu-lampu di jalanan,
terang dalam pekat malam.
entah mengapa.. 
cahaya lampu-lampu ini begitu mudah membuatkan bibirku mengukir senyum.





aku paling suka kalau gerimis,
dalam gerimis ada cahaya kelip-kelip.
dalam gerimis ada kerlipan bintang...

tapi, mana mungkin itu.


ku atur satu-satu langkah,
sambil mataku masih mengekor cahaya lampu-lampu jalan,
aku ingin menari dalam mandian cahaya lampu-lampu itu.


                                                                                                                                   wani s`lan
Nukilan aku dalam sesaat.
Aku dan sesuatu - 3.October. 2009


ada sebuah pondok kecil di tepi sawah.
pondok itu tempat aku bermain dengan mereka.
pondok yang telah usang kini,
kenangannya masih lagi subur...
hijau seperti sawah...


sawah melambai-lambai menyaksikan kami.
hari ini, aku lalu depan pondok itu,
sawah tersenyum melihat aku..
pondok itu sudah terlalu usang.
buruk dan reput.. 





aku tidak singgah..
sekadar memandang dari tepi,
satu-satu suara yang dirindui kedengaran,
suara kanak-kanak bermain.
salah satunya suara aku.


kenangan itu tidak mungkin luput.
bila sawah itu ditukar milik,
aku tidak boleh menjejaki pondok usang itu lagi..
suara-suara aku tertinggal di situ.
aku tahu,
ia duduk pada satu sudut di tepi pondok usang..


aku memandang dari tepi,
sawah masih tersenyum seperti dulu..
mungkin teringat gelak tawa aku sewaktu kecil..
atau sekadar bersapa dengan aku..


pondok usang,
suatu masa akan roboh.
suara kecil aku akan mati di situ..
dan tumbuh di hati aku.
hati yang aku bawa...


                                                                                                                                    wani s`lan
Nulikan aku dalam sesaat
Aku dan sesuatu - 1.October.2009


Seorang anak kecil,
duduk dalam buaian...
ia bernyanyi...sambil buaiannya dihayun.
semakin lama semakin laju.


buaian itu mengarah ke bendang,
luas terbentang..
warna hijau bendang mengubat hatinya.
ia terus bernyanyi...


kadang-kala ia ia merenung bendang,
namun nyanyiannya tiada berhenti..
dia memilih untuk bernyanyi..


di bendang itu ada suatu bayang-bayang..
kenangan masa silam.
cuma akan terlihat di bendang..


anak kecil merindui bayang-bayang itu..
kerana ia adalah coretan anak kecil.
di depan bendang, anak kecil meminta ayah membuat buaian..
untuk melihat bendang luas terbentang,
kemudian menemui bayang-bayang yang dirindui...


anak kecil bertanya kepada ayah..
papa, apakah kalau aku mati..aku juga akan menjadi bayang-bayang di bendang?
papa tersenyum..
menjawab perlahan,
kalau kita cintakan kehijauan, pastilah kita mati menjadi bayang-bayang di bendang..
anak kecil tersenyum, fikirannya ringkas...


tapi papa, aku cintakan hujan...
kalau aku mati...
aku ingin jadi gerimis..
ayah menghayun buyaian baru....


ayah tahu, kamu tidak akan hanya jadi gerimis..
malahan pelangi...
anak kecil memandang ayah...
ayah tersenyum..


anak kecil bertanya lagi...
ayah paling cintakan apa??
ayah melihat bendang...............
renungannya jauh ke dalam...


anak kecil juga berpaling melihat ke bendang....
tanpa jawapan ayah....
dia tersenyum cuma.


gerimis mulai turun...
anak kecil memegang tangan ayah dan menadah hujan di tapak tangan..
ayah, kalau aku jadi gerimis...
aku akan basahkan bendang di hadapan ini..



ayah  tersenyum dan mengangkat sebelah tangannya merasai gerimis itu.
sebelah tangannya lagi dipegang oleh anak kecil.
aku ingin menjadi gerimis bisik anak kecil.
supaya aku boleh menjaga bendang..
ayah tersenyum..
dengan penuh makna dan bersyukur...
anak kecil tertawa melihat rintik-rintik hujan.





gerimis dingin kata ayah.
anak kecil bertanya, mengapa gerimis dingin ayah?
ayah senyum...
aku pasti tidak akan jatuh sakit jika aku menjadi gerimis kata anak kecil.
kamu pasti tidak,balas ayah....
dia tersenyum lagi..


bolehkah aku menjadi gerimis ayah?
mungkinkah ayah akan menjadi bayang-bayang di bendang?
ayah senyum lagi..
anak kecil terus bicara..
aku tahu, ayah tidak akan menjadi bayang-bayang di bendang seperti mama.
ayah akan dijaga tuhan.
anak kecil terus memegang tangan ayah..
ada gerimis di tangan ayah.


aku tahu gerimis dingin,
aku tidak ingin ayah kedinginan.
anak kecil senyum sehinggakan matanya turut tersenyum.
semoga ayah dirahmati tuhan.


hayunan buaian itu tidak berhenti,
mereka memandang ke bendang..
bayang-bayang itu tersenyum.
gerimis sudah berhenti.
anak kecil terus bernyanyi.
disisinya seorang ayah penyayang..







                                                                                                                                  wani s`lan
Nukilan aku dalam sesaat
Aku dan sesuatu-30.Sept.2009
..................................


Aku berdiri sekali lagi di simpang itu,
seperti biasanya..
pastilah, kelip-kelip datang lagi...
mungkinkah mereka membaca hati aku.


ada suara-suara halus membisikkan aku,
biar senyuman itu terus hadir di hujung bibir aku..

 seperti dahulu.

aku mencari suara halus itu...
sehingga suara-suara sumbang dunia tenggelam.







bermimpikah aku???
berangan-angan kah aku...
atau ianya cuma secangkir harapan untuk melihat secangkir senyuman aku...
mungkin kelip-kelip pergi dan tinggalkan aku dalam kepekatan malam.

atau...

mungkinkah ia akan menemani aku pulang.
menerangi jalan aku...
sehingga aku boleh melangkah dengan baik...




                                                                  wani s`lan
Nukilan Aku Dalam Sesaat
Aku dan Sesuatu - 27.September.2009




Suatu hari aku jumpa hati aku menangis.
aku langsung bertanya.
mengapa ia menangis.
katanya...dia berasa sangat sakit.
mata tidak mahu menanggung air mata untuknya.




aku tengok hati....


dia bercerita lagi,
katanya sebelah kanan hatiku dipenuhi dengan kehidupan.
tapi sebelah hati aku itu tertinggal ruang kosong untuk cinta.


aku bertanya...mengapa cinta tidak duduk di dalam hati?


hati aku menjawab......kerana keikhlasan telah dibawa pergi.


aku tanya lagi....mengapa keikhlasan tidak dicari...


hati menjawab....hati dah sangat berat untuk mencari..
kerana itu ia menangis sendiri.





aku tanya mata dengan marah.
mengapa ia tidak mengeluarkan airmata dan menyebabkan hati menangis sendirian?


mata menjawab aku,katanya ia tidak boleh mengeluarkan air mata lagi,
ia tahu hati berasa sakit..
tapi, ia tidak dapat menangis.


Mata melihat keikhlasan dibawa pergi,
tapi,tiada air mata yang mengalir.
cuma hati yang menangis.


mata berkata cukuplah ia menanggung air mata..
untuk kali ini ia minta hati yang menangis..


                                                                                                             wani  s`lan
Nukilan Aku dalam sesaat
Aku dan sesuatu - 24 September 2009
.................................



Aku pernah minta bintang peluk aku,
mengapa?
kerana aku ingin dilihat bersama cahaya bintang.


Mungkin cahayanya tidak kelihatan setiap masa.
tapi, aku tahu bintang selalu ada.


Aku minta bintang yang paling terang untuk peluk aku,
tapi, aku rasa cahayanya sangat menyilaukan.
sehinggakan aku tidak kelihatan.


bintang terang itu bukan untuk aku,
aku cari bintang dan jumpa bintang kecil,


kecil dan terpinggir,
terpinggir dan tidak berkilauan,
cahayanya malap....
aku peluk ia..

Aku peluk bintang itu,
dan tidak menunggu ia peluk aku...
aku tahu, esok ia akan jadi bintang paling terang dan aku mungkin tidak kelihatan lagi...


                                                                                                                               wani s`lan



Nukilan Aku dalam sesaat
Aku dan sesuatu-22 September 2009
.......................



Mengapa tiap kali hujan aku terasa sesuatu yang hilang.
tetapi aku masih berharap bila tiap kali hujan..
hujan tidak akan berhenti..


aku masih berdiri di sini,
di simpang yang pernah aku tengok kilauan kelip-kelip.
tetapi, bila hujan berhenti..
pelangi tidak juga muncul-muncul.
mengapa?







aku kah yang terlalu tamak..
atau aku yang kuat bermimpi..?


aku dengar suara-suara sumbang itu,
kata aku tiada tempat di dunia.
benarkah?


aku tepuk hati..
biar ia peka sekejap..
aku rasa...
aku sedang berdiri di mana???
di depan? di tengah-tengah? di belakang? atau aku bukan berdiri?
aku terus tepuk hati..
mengapa ia semakin sakit???.


                                                                                                                                  wani s'lan
Nukilan aku dalam sesaat
aku dan sesuatu - 20.September.2009


Bermimpi lagi
aku menjadi seorang puteri.
mimpi itu penuh angan-angan..
puteri yang bermandi di kolam air berwangi..


satu... dua.. tiga.. empat....
ada empat orang dayang..
bukan.. mereka bukan dayang..
mereka adalah kawan puteri.


tapi, dalam mimpi itu..
apakah dayang-dayang terpaksa bersahabat dengan aku..
kerana aku seorang puteri..
padahal..
puteri itu mengangap dayang-dayang sebagai teman..



                                      
                                                                                                            wani s`lan
 Nukilan Aku dalam sesaat
Aku dan sesuatu - 18 September 2009


(aku senyum... bukan bererti aku bahagia, mungkin ..ada sesuatu yang tiada di hati.)


aku jalan dan bertemu di simpang,
kelip-kelip berkilauan.

datang dan seakan hilang,


aku berdoa

'Tuhan, beri hati aku cinta',


ada cerita itu, ia menanti aku..
aku kata lagi..
'Tuhan, beri hati aku cinta..............' 

biar cinta itu teman aku,
dan beri senyum di hati aku.


'Tuhan, beri hati aku cinta'..
biar aku lebih penyayang dan ikhlas..


aku berdoa di hati,
mereka tidak mendengar..


tapi,


aku yakin ..
Tuhan mendengar..
aku meminta cinta di hati aku.
                                                                                                            
                                                                                                             wani s`lan
Nukilan aku dalam sesaat
Aku dan sesuatu - 17 September 2009


pagi terasa dingin,
aku ingin sesorang gengam tangan aku..
beri aku sedikit rasa hangat.


bila aku rasa letih dan penat,
aku ingin bersandar pada dia,
seseorang yang boleh biar aku rehat dengan baik


kala aku ingin dengar muzik,
aku ingin dia menyanyi lagu yang baik.
biar aku mati dalam ketenangan itu..

namun hari semakin penat,
dia tiada disini,


aku seorang diri..
mencari tangan untuk digengam,
mencari lengan untuk bersandar..
dan lagu yang terbit dari hati..




siapa tahu...
aku seorang dan mencari lengan itu..
untuk aku buang rasa penat..
dan untuk aku senyum dengan puas.
                                                                                                                                    wani s`lan