Nukilan Aku Dalam Sesaat.
Aku Dan Sesuatu - 31.Oktober.2009


mereka bercerita lagi, cerita yang buat aku tidak berganjak.
suara itu, sumbang di telinga aku.
dan buat aku berhenti melangkah.
pengecutkah aku?


di suatu sudut dalam keping hati aku,
ada sebuah suara.
suara yang samar-samar.
hampir tidak aku kenali.
ia suara di sawah.


mengapa ia bersuara di hati aku.
sawah itu minta aku jadi berani.
dan minta aku cuba melangkah.
ia bukan mustahil, ia cuma agak sukar...


sawah itu bersuara di hati aku.
dan mematikan bunyi sumbang di corong telinga aku.
begitu mudah?
kerana ia sebuah hati aku.


kerana ia hati aku, barulah ia begitu mudah....

1 dia berbicara:

Cty said...

hihi..hi..

Post a Comment